journey wit ?
Friday, December 10, 2004
DiaLoG CiNta MoDeN
L:Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim
hatiku di bahagi isipadu jantungku.
Masihkah kau tidak membuat sebarang
anggapan??
P : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada
kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas
diriku.
L : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis
lurus hatiku ini, kerana aku
dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.
P : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar
songsang dengan kesetiaan yg
kuberikan.
L : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar!
P : Aku masih belum mengerti lagi kerana
penyelesaian yang kau berikan
masih lagi belum sahih.
L : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga
di mana tindak balas cintaku
bersamaan dengan cinta yg kau berikan.
P : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui
bahawa kau adalah 'random' yg
mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara
rawak.
L : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melaui
proses pencaran dan perolakan.
P : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh
perkahwinan kita mengalami
rintangan?
L : Aku harus menggunakan perintang boleh laras
untuk mengurangkan rintangan itu.
P: Adakah kita akan berpadu secara kimia?
L: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya
nanti dapat dilihat dengan menggunakan
mikroskop cahaya.
P : Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih
aktif dan bertindak balas dengannya.
L: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi
dan haruslah menggunakanhukum-hukum
penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.
P: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam
magnitud dan arahnya sekali. Masihkah kau tidak
percaye?
L: Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu
dalam bentuk lazim.
P: Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu
ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami
pecutan yg seragam.
L: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari
iman.
P: Tapi, imanku adalah infiniti!
L: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau
blum mendarabkannya dengan 6x10'23.
P: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap.
Nantibila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau
jugakk yg susah kerana aku akan mengalami
hemolisis.
L: Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku
telah mengalami plasmolis.
P: Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku
sangkakan kau intan, tetapi
rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini.
Biarkan aku sendirian.......
cannot imagine kalau aku dok berbalas msg ayat ginih,better not choose bf from science stream ahaksss!!!!opss,ukan ker az?adess... just joking arr :p
hitam putih
6:15 PM